Berita UtamaDunia

Turkiye had eksport tomato demi kestabilan pasaran domestik

Harga tomato boleh meningkat kepada 50 lira Turki sekilo

ANKARA, 10 Safar 1444H, Rabu – Turkiye hari ini mengehadkan eksport tomato untuk mengekalkan kestabilan harga di pasaran domestik.

Langkah Kementerian Perdagangan yang telah dikuatkuasakan itu, menambah tomato (disediakan atau diawet dengan kaedah selain cuka atau asid asetik) dan pes tomato ke senarai ‘barangan tertakluk kepada pendaftaran’ untuk eksport.

Apabila pengeluaran tomato terganggu di Eropah tahun ini disebabkan peningkatan kos tenaga, eksport tomato Turkiye meningkat.  

Wakil sektor memaklumkan bahawa dengan peningkatan permintaan eksport, harga tomato boleh meningkat kepada 50 lira Turki (RM12.34) sekilogram.

Kementerian itu berkata trend menaik dalam eksport pes tomato akan berterusan.

“Untuk mengekalkan keseimbangan bekalan domestik/permintaan antarabangsa dan kestabilan harga, dengan mengambil kira pasaran domestik dan dinamik inflasi pengguna, langkah-langkah yang perlu untuk eksport mesti diambil serta-merta,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button