Berita Utama

Muhyiddin sahkan tiada rundingan rasmi PAS-UMNO

PN fokus usaha bela golongan miskin, berpendapatan rendah

BANGI, 11 Safar 1444H, Khamis – Tiada sebarang rundingan rasmi antara PAS dan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diakui Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu kenyataan hari ini, memperjelaskan intipati mesyuarat gabungan itu malam tadi.

Beliau berkata, perbincangan antara dua parti – PAS dan UMNO – yang didakwa berlaku adalah secara tidak rasmi dan tidak membabitkan pucuk pimpinan parti.

“Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan ini selepas UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam PRU-15.

“PAS juga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti anggota dalam PN,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Majlis Tertinggi PN sudah membuat ketetapan untuk memberi tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam menghadapi kesan inflasi.

“Mesyuarat mengambil maklum kumpulan B40 meningkat menjadi kumpulan B60 dan penyediaan bantuan bagi kumpulan pendapatan terkebawah ini mesti diberikan tumpuan oleh kerajaan dengan meringan beban kumpulan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Majlis Tertinggi PN turut meluluskan pelantikan ketua-ketua kawasan bagi kawasan Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan pahang dalam mesyuarat berkenaan.

Pautan berkaitan;

https://ismaweb.net/2022/09/08/pn-tetap-tak-bekerjasama-pihak-terpalit-rasuah-kes-mahkamah/
https://ismaweb.net/2022/09/08/rundingan-umno-pas-pergi-sendiri-tak-dianggap-wakil-parti/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button