Berita Utama

Pesakit perlu organ meningkat berbanding penderma

KKM ajak orang ramai daftar ikrar derma organ di MySejahtera

BANGI, 11 Safar 1444H, Khamis – Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat setiap tahun, namun jumlah pengikrar yang menderma masih rendah.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengajak orang ramai untuk mendaftar sebagai penderma organ dengan menggunakan ciri terbaharu di aplikasi MySejahtera bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kementerian dalam kenyataan itu berkata, orang ramai boleh mendaftarkan diri di Ikrar Derma Organ di aplikasi MySejahtera bermula 6 September.

Bagaimanapun, pengguna aplikasi itu perlu mengemaskini MySejahtera sebelum mendaftar masuk ke Ikrar Derma Organ.

Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, mereka akan menerima kad digital sebagai tanda telah menjadi penderma organ yang sah.

“Layari laman sesawang Derma Organ di dermaorgan.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan Program Derma Organ ini.

“Sebarang isu atau masalah, sila berhubung meja bantuan interaktif melalui aplikasi MySejahtera atau email kepada [email protected],” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button