Berita Utama

UMNO Perak muktamad tiada kerjasama dengan PAS

Hanya kerjasama atas kapasiti rakan dalam kerajaan negeri sahaja

PARIT, 11 Safar 1444H, Khamis – Tiada kerjasama antara UMNO dan PAS negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama yang terjalin buat masa ini antara dua parti adalah atas kapasiti sebagai rakan dalam kerajaan negeri sahaja.

“Sebagai rakan dalam kerajaan negeri kita bekerjasamalah. Untuk pilihan raya kita pergi sendiri. Muktamad,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Saarani memaklumkan Kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti, selepas ia diwartakan di peringkat Persekutuan.

Katanya, perkara berkenaan melibatkan pindaan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan adakan selepas RUU peringkat Nasional diwartakan, baru kita boleh panggil sidang DUN sebab kita akan gunakan jadual lapan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button