Dunia

Banjir dahsyat Pakistan jejas tapak sejarah Mohenjo Daro

Hujan lebat sebabkan penutup luar pelindungnya rosak

ISLAMABAD, 12 Safar 1444H, Jumaat – Banjir yang dahsyat melanda Pakistan menyebabkan kerosakan besar kepada tapak arkeologi terkenal berusia 4,500 tahun di wilayah Sindh tenggara.

Mohenjo Daro – yang diisytiharkan UNESCO sebagai tapak Warisan Dunia – terletak di daerah Larkana di Sindh.

Pengarah arkeologi dan muzium untuk kerajaan wilayah, Abdul Fatah Shaikh berkata, daerah itu menerima taburan hujan yang tinggi pada minggu kedua Ogos hingga merosakkan penutup luar pelindung pada struktur bersejarah itu.

Katanya, jumlah hujan itu tidak direkodkan pada 250 hektar sejak runtuhan ditemui 100 tahun lalu pada 1922.

“Struktur asal adalah selamat pada umumnya, termasuk stupa di tapak.

“Bagaimanapun, lapisan pelindung juga dipanggil buburan lumpur yang kami gunakan mengalami banyak kerosakan menyebabkan pendedahan kepada dinding asal,” katanya.

Shaikh berkata, kerosakan itu disebabkan hujan lebat dan tiada banjir, namun kerja-kerja pembaikan akan segera dilakukan.

“Struktur asal kini terdedah kepada keanehan alam semula jadi dan jika kerja pemuliharaan segera tidak dimulakan, ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki,” katanya.

Mohenjo Dara – bungutan orang mati dalam bahasa Sindh – dianggap sebagai penempatan bandar terpelihara terbaik di Asia Selatan.

Struktur itu telah diisytiharkan sebagai Warisan Dunia UNESCO pada 1980.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button