Berita Utama

Pemilihan semula cabang PKR palsu

Dakwaan tidak bertanggungjawab, sengaja dikeluarkan atas tujuan provokasi

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1444H, Jumaat – Spekulasi bahawa 53 Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan pemilihan semula dalam masa terdekat adalah berita palsu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Keadilan, adalah mustahil sekiranya beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh Pejabat Setiausaha Agung jika benar ada surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkaitan perkara itu.

Katanya, beliau juga berada dalam jawatankuasa yang menguruskan beberapa hal yang timbul berkaitan pemilihan parti baru-baru ini dengan ROS.

“Saya ingin menyangkal dan menegaskan bahawa berita tersebut adalah berita palsu. Ini adalah rentetan daripada sebuah hantaran di ruang media sosial yang saya sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan sengaja dikeluarkan atas tujuan provokasi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button