Berita UtamaDunia

Turkiye taruh harapan Perjanjian bijirin Laut Hitam diteruskan

‘Kami akan usaha, cuba tingkatkan tempohnya kepada dua tahun’: Erdogan

ISTANBUL, 19 Zulhijjah 1444H, Sabtu – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendesak Russia supaya melanjutkan Perjanjian Bijirin Laut Hitam sekurang-kurang tiga bulan lagi selepas tamat tempoh perjanjian 17 Julai ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky selepas mengadakan pertemuan bagi membincangkan masa depan perjanjian berkenaan.

Tahun lalu, Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi orang tengah bagi membolehkan eksport bijirin dari pelabuhan Laut Hitam Ukraine walaupun negara berdepan peperangan.

Sementara itu, Erdogan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk melanjutkan perjanjian bijirin Laut Hitam yang akan tamat tempoh pada 17 Julai ini.

Katanya, perjanjian itu akan menjadi salah satu isu paling penting dalam agenda pertemuannya dengan Presiden Russia di Turkiye bulan depan.

“Harapan kami, ia akan dilanjutkan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali, bukan dua bulan.

“Kami akan berusaha dalam hal ini dan cuba meningkatkan tempohnya kepada dua tahun,” katanya pada sidang media bersama Zelensky. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button