Berita Utama

Aman Palestin berjaya siapkan projek saluran air bersih di Syria

Lebih 20,000 penduduk sekitar Jarablus dapat manfaat

BANGI, 26 Rejab 1445H, Rabu – Aman Palestin Berhad (AP) berjaya menyiapkan Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa yang memanfaatkan lebih 20,000 penduduk di sekitar Jarablus, Syria.

Penyelesaian projek dengan kerjasama Ataa Humanitarian Relief berkenaan dimaklumkan Aman Palestin dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pembinaan saluran yang bermula pada 1 September 2022 dan siap dibina 30 November lalu itu menelan belanja sebanyak AS$659,000.

“Mereka yang mendapat manfaat adalah di Jarablus dan kawasan sekitarnya yang memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di sana.

“Dengan projek ini, Aman Palestin berjaya menyelesaikan masalah sumber air yang dihadapi oleh penduduk sekitar Jarablus dan kita sentiasa meletakkan harapan besar kepada seluruh penyumbang agar terus bersama membangunkan semula komuniti masyarakat Islam di Syria,” katanya.

Dalam pada itu, Aman Palestin turut mengambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menyalurkan sumbangan bagi menjayakan projek ini.

Untuk rekod, Aman Palestin adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Lubnan dan Syria dalam bentuk projek-projek amal hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button