Berita Utama

Pelitup muka tak lagi wajib di sekolah

Galakkan pakai di tempat yang ramai orang

BANGI, 13 Safar 1444H, Sabtu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan untuk tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam atau di luar kawasan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing.

“Esok sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A akan memulakan sesi persekolahan manakala lusa di negeri Kumpulan B, ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing dan tidak diwajibkan lagi.

“Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang ramai orang,” katanya dalam video perkongisan melalui Facebook rasminya, hari ini.

Bagaimanapun Dr Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.

“Apa yang paling penting kita memastikan keadaan di sekolah ini selamat.

“Maklumat lanjut berkaitan dengan pemakaian penutup muka di sekolah ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Rabu lalu, KKM menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi situasi kes positif COVID-19 yang perlu ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button