Berita Utama

Makkal Sakti tuntut BN beri kerusi tanding PRU15

Dakwa miliki calon seperti dikehendaki Pengerusi BN

BANGI, 14 Safar 1444H, Ahad – Parti Makkal Sakti (Makkal Sakti) menuntut Barisan Nasional (BN) menunaikan janji dan memberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri R S Thanenthiran mengakui partinya mempunyai calon yang menepati ciri yang ditekankan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami ada calon orang muda dalam kalangan kumpulan profesional yang menetapi ciri ‘wali’ iaitu boleh menang dan diterima serta direstui penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-14 parti tersebut, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTCKL), hari ini.

Thanenthiran mendedahkan, Makkal Sakti sebelum ini pernah ditawar untuk bekerjasama dengan parti lain berikutan gabungan tersebut mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sebaliknya, Makkal Sakti bertegas untuk terus kekal dan setia bersama BN.

Malah, Januari lalu, parti tersebut menyuarakan hasrat sama supaya BN mempertimbang permohonannya untuk bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pautan berkaitan:

Makkal Sakti mahu tanding PRN Johor tiket BN

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button