Berita UtamaDunia

Penduduk berarak tuntut Israel bebaskan tahanan Palestin

Keadaan makin kritikal Zionis abai rawatan perubatan

RAMALLAH, 14 Safar 1444H, Ahad – Ratusan penduduk Palestin berhimpun di tengah bandar Ramallah,Tebing Barat menuntut rejim haram Israel membebaskan tahanan dalam penjara negara haram Israel.

Nasser Abu Hmeid – antara tahanan yang sedang kritikal bertarung nyawa akibat tidak mendapat rawatan perubatan yang sebaiknya.

Peserta himpunan berarak mengibarkan bendera dan kain sepanduk menggesa Nasser dibebaskan segera berikutan keadaan kesihatan semakin yang semakin merosot.

Nasser dari Kem Pelarian Amari di Ramallah kini dalam keadaan koma selepas mengalami radang paru-paru disebabkan bakteria dan kini ditempatkan di klinik Penjara Ramla, Israel.

Bulan lalu, Suruhanjaya Bekas Banduan dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkata, ketumbuhan yang dikesan di bahagian kepala lelaki berusia 48 tahun itu adalah akibat kegagalan pihak penjara gagal menguruskan keadaan kesihatan di peringkat awal.

Nasser sepatutnya menjalani imbasan CT scan di bahagian kepala dan di perut serta biopsi sekali lagi berikutan keadaan yang semakin kritikal.

Keluarganya turut merayu kepada semua pihak mengambil berat dan tindakan segera bagi memastikan pembebasan Nasser.

Sementara itu, Suruhanjaya Palestin dan Bekas Tahanan juga mengggesa semua kumpulan Hak Asasi Manusia dan institusi antarabangsa memberi tekanan kepada negara haram, Israel supaya membebaskan segera Nasser.

Nasser ditahan di penjara sejak 2002 dan menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa terlibat dengan aktiviti pembebasan tanah air. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button