Berita UtamaDunia

Koridor kereta api baharu hubungkan Afghanistan-China

Tingkatkan perdagangan dengan negara Asia Barat

TASHKENT,15 Safar 1444H, Isnin – Koridor ekonomi baharu membabitkan empat negara – Afghanistan, Uzbekistan, China dan Kyrgyzstan- akan beroperasi di utara Afghanistan tidak lama lagi, didakwa mampu meningkatkan perdagangan antara negara Asia Barat itu dengan China.

Pihak Berkuasa Kereta Api daripada empat negara dilaporka telah menandatangani perjanjian tersebut Jumaat lalu.

Menerusi perjanjian, ia dilakukan secara percubaan selama tiga bulan, barangan komersial dari China akan tiba ke Kyrgyzstan ke wilayah Balkh, Afghanistan melalui Uzbekistan.

Pihak Berkuasa Kereta Api Afghanistan (ARA) berkata, koridor yang bakal menjana pendapatan baharu juga turut merangkumi pelbagai sistem pengangkutan termasuk trak, walaupun kebanyakannya akan melibatkan penghantaran melalui kereta api.

Sementara itu jurucakap ARA, Abdulsami Dorami berkata, koridor ekonomi akan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat di negara itu.

“Barang kontena sebelum ini akan sampai ke Afghanistan dari China mengambil masa dua bulan melalui pengangkutan darat – kini sampai ke Afghanistan melalui kereta api hanya dua minggu sahaja.

“Malah melalui koridor ini juga akan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Afghanistan,” tambahnya.

Julai lalu, China mengumumkan rancangan pembinaan semula ekonomi jangka panjang dengan kerajaan pimpinan Taliban.

Malah, Duta Besar China, Wang Yu berkata, salah satu keutamaan mereka adalah perdagangan.

Sementara itu, pakar ekonomi Afghanistan, Dr Tayeb Khan memuji kewujudan koridor baharu ini sambil menyifatkan ia merupakan pencapaian terbaharu negara berkenaan selepas Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lalu.

Katanya, walaupun berdepan sekatan pelbagai dari pihak antarabangsa, ia tetap dianggap pencapaian penting bagi Afghanistan dan rantau ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button