Berita UtamaDunia

Wilayah timur Ukraine bergelap, jejas 9 juta penduduk

Presiden Zelensky dakwa Russia sengaja balas dendam

KHARKIV,15 Safar 1444H, Isnin – Kira-kira sembilan juta penduduk di seluruh wilayah timur Ukraine termasuk di Kharkiv dan Donestsk terpaksa bergelap selepas Russia sengaja memotong bekalan elektrik.

Presiden Volodymyr Zelensky berkata, Russia sengaja bertindak demikian sebagai membalas dendam – selepas berjaya menawan semula kira-kira 3,000 kaki persegi kawasan timur negara berkenaan.

Datuk Bandar Kharkiv, Ihor Terekhov berkata, Russia telah menyasarkan infrastruktur awam menyebabkan bandar itu kini gelap dan terputus bekalan air.

Beliau menyifatkan tindakan keji berkenaan adalah cubaan untuk membalas dendam di atas kejayaan tentera Ukraine menawan semula bandar.

Sehingga kini lebih 3,000 kaki persegi wilayah berjaya ditawan semula tentera Ukraine.

Gabenor wilayah jiran, Sumy pula berkata, lebih 130 penempatan di wilayah berkenaan juga terkesan dan berdepan masalah terputus bekalan elektrik.

Masalah sama turut dilaporkan berlaku di wilayah Dnipropetrovsk dan Poltava.

Sementara itu dalam catatan di media sosial, Presiden Zelensky menuduh Russia sengaja melakukan tindakan itu dengan menjadikan infrastruktur awam sebagai sasaran utama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button