Berita Utama

Dua bekas pemimpin UMNO Bahagian direman seleweng wang parti

Guna kedudukan dapatkan rasuah menerusi pengeluaran wang dari akaun bank UMNO Bahagian

GEORGE TOWN, 16 Safar 1444H, Selasa – Dua bekas pemimpin UMNO Bahagian Tanjung direman tujuh hari berhubung dakwaan mengeluarkan RM600,364.87 daripada dana parti untuk kegunaan peribadi dan syarikat milik sendiri pada 2018.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 49 dan 73 tahun masing-masing merupakan bekas setiausaha dan bendahari bahagian itu.

Perintah reman itu berkuat kuasa sehingga Isnin (19 September), dikeluarkan Majistret Rosnee Mohd Radzuan di sini hari ini, kata sumber seperti dilapor akhbar tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sekitar 2018, kedua-dua lelaki berkenaan disyaki bersubahat dalam menggunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan wang rasuah menerusi pengeluaran wang daripada akaun bank milik UMNO Bahagian.

Wang terbabit dipercayai bagi kegunaan peribadi serta syarikat milik mereka iaitu sebuah yayasan dan kebajikan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM600,364.87.

Kedua-duanya adalah pengarah kepada yayasan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button