Berita Utama

Masih ada masa PRU15 tahun ini, tapi keputusan pada ‘Top 5’ UMNO

Mesyuarat mungkin sebelum pembentangan Bajet 2023

GEORGE TOWN, 16 Safar 1444H, Selasa – Masih ada masa untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri bersetuju bahawa terdapat peluang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun ini tetapi ia bergantung kepada lima pemimpin tertinggi UMNO.

Lima pemimpin tertinggi UMNO itu merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden parti iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia 2022 (WCIT 2022) yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia SPICE di Bayan Lepas, di sini pada Selasa (13 September).

The Star melaporkan, ketika ditanya sama ada terdapat ruang untuk pilihan raya diadakan tahun ini, beliau secara ringkas berkata, ia terpulang kepada lima pemimpin tertinggi.

“Ya, tetapi semuanya bergantung kepada Top 5,” katanya.

Katanya, tempoh untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini masih terbuka dan tarikh itu akan ditentukan selepas mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO.

Mesyuarat itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button