Berita Utama

Perwatakan individu terlibat ajaran sesat Hadi Minallah sedang dikenal pasti

Hasil siasatan awal tidak akan dimaklum demi elak eksploitasi

SHAH ALAM, 16 Safar 1444H, Selasa – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengenal pasti perwatakan individu terlibat yang dikaitkan dengan sebaran ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, terdapat pergerakan keluar masuk ke dalam negara oleh dua hingga lebih individu yang terlibat ajaran itu.

“Buat masa ini kita perhatikan sejauh mana penglibatan mereka dalam perkara (penyebaran ajaran sesat tersebut) ini.

“Malah, setiap maklumat tentang ajaran sesat tersebut sedang disahkan bagi memastikan kes tersebut menang di mahkamah,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan, hari ini.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang eksploitasi, Mohd Shahzihan berkata, pihaknya tidak akan memaklumkan hasil Jawatankuasa Persidangan mengenai ajaran sesat tersebut buat masa ini.

“Kita tidak maklumkan apa-apa sebelum kita muktamadkan hasil siasatan awal.

“Ini disebabkan kita tidak mahu ada apa-apa juga maklumat yang akhirnya ia dieksploitasi dan kita akhirnya menang promosi sahaja. 

“Tiada strategi untuk bertindak akhirnya kita tidak dapat matlamat perundangan untuk dikuatkuasakan,” tegasnya. 

JAIS sebelum ini dilapor akan memperincikan laporan berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah terutama melibatkan siasatan dan individu terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan mengenai kewujudan ajaran itu di negeri ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button