Berita Utama

Tuduhan Lim Guan Eng terhadap Idris tersasar jauh

Sengaja percik api perkauman dan besar jurang agama

BANGI, 17 Safar 1444H, Rabu – Dakwaan Lim Guang Eng terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad tidak melaksanakan tugasnya selain menggugat perpaduan negara dan keharmonian agama adalah kenyataan yang jauh tersasar.

Malah, Idris menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai sengaja memercikkan api perkauman dan membesarkan jurang agama dengan menghasut bukan Islam menjauhi kepercayaan umat Islam.

“Semua berhak mengkritik hasil kerja yang dilihat daripada luar, kerana ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah pun, terlalu banyak kepincangan yang berlaku sehingga hilang kepercayaan daripada rakyat.

“Saya kira ianya fitnah yang berat mengatakan saya memalukan individu yang dimaksudkan ketika saya mengambil pertimbangan dan neraca agama dalam menilai isu yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Bagan itu menerusi kenyataan di Facebook mendakwa, Idris tidak membawa sebarang nilai dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri selain menggugat perpaduan negara dan keharmonian agama.

Malah, telah memalukan mangsa serangan seksual beragama Islam yang mendedahkan kisahnya kepada umum dan juga cuba mengganggu gaya hidup, hak adat serta amalan budaya orang bukan Islam.

Menjelaskan keadaan, Idris berkata, beliau menggunakan ilmu dan hujah agama untuk memandu rakyat serta umat Islam dalam setiap pertimbangan dosa dan pahala untuk kemaslahatan.

“Adakah salah untuk saya sebagai menteri agama menyeru perkara yang digariskan dalam agama, tanpa melarikan sedikit pun prinsip yang terkandung di dalam al-Quran

“Atau YB sengaja memercikkan api perkauman dan membesarkan jurang agama dengan menghasut orang bukan Islam menjauhi kepercayaan yang diamalkan oleh umat Islam.

“Sedangkan di luar sana, cukup ramai orang bukan Islam yang memahami keterbatasan yang digariskan di dalam Islam dan menghormati pendirian dan pengamalan oleh umat Islam itu sendiri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button