Dunia

5 maut bangunan di Jordan runtuh

Masih operasi cari mangsa terperangkap dalam runtuhan

AMMAN, 17 Safar 1444H, Rabu – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas sebuah bangunan di ibu negara Jordan runtuh pada Selasa.

Direktorat Keselamatan Awam negara itu mengesahkan mangsa yang terkorban dalam insiden berlaku di kawasan kejiranan Jabal al-Weibdeh di Amman.

Pasukan penyelamat dan pihak berkuasa pertahanan awam masih berusaha untuk memeriksa sama ada terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut Agensi Anadolu, Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh tiba di lokasi dan mengarahkan siasatan dibuat bagi mengenal pasti punca runtuhan berlaku.

Media tempatan yang dikendali kerajaan berkata, pihak pendakwa raya telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button