Pendapat

Apakah membenci pemberi rasuah satu kesalahan?

Entahlah siapa yang 'panas' bersungguh-sungguh buat laporan

NAMPAKNYA betul apa yang saya andaikan sebelum ini. Semenjak statistik PEMBERI rasuah ini tersebar, seolah-olah membenci atau mengutuk pemberi rasuah menjadi satu kesalahan dan rasisme.

Facebook telahpun memadamkan hantaran saya yang mengulas mengenai statistik pemberi rasuah baru-baru ini. Saya juga telah mendapat amaran dan berisiko untuk akaun saya ini disekat.

Semuanya dengan alasan kononnya saya telah membuat ‘hate speech’ melalui penulisan tersebut.

Apakah membenci pemberi rasuah adalah satu kesalahan? Aneh sungguh dunia kita sekarang.

Sefaham saya, biasanya sekatan sebegini di Facebook terjadi apabila ada laporan (report) yang dibuat secara beramai-ramai yang tidak senang dengan hantaran saya ini.

Entahlah siapa yang panas punggung sangat sampai bersungguh-sungguh buat laporan, beramai-ramai.

Takkanlah pemberi-pemberi rasuah pula yang beramai-ramai buat report? Atau pendokong-pendukung kelompok pemberi rasuah?

Kiasu sungguh perangai jika begitu. Macam IsraeI pun ada, nak sekat-sekat untuk tutup jenayah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
14 September 2022

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button