Berita Utama

KKM sasar 1,000 ikrar penderma organ setiap hari

Ciri baharu di MySejahtera dapat sambutan menggalakkan

BANGI, 17 Safar 1444H, Rabu – Kementerian Kesihan (KKM) memaklumkan terdapat lebih 4,500 pengikrar derma organ diterima melalui aplikasi MySejahtera setakat Selasa lalu.

KKM dalam kenyataan berkata, secara purata, terdapat kira-kira 700 pengikrar penderma organ baharu sehari sejak ciri baharu itu diperkenalkan.

Katanya, ciri baharu Ikrar Derma Organ telah dilancarkan pada 6 September lalu dalam kemas kini MySejahtera versi 2.0.5 yang membolehkan sesiapa sahaja berikrar atau menarik ikrar pada bila-bila masa.

“Apabila berikrar, waris terdekat juga akan dimaklumkan. Sambutan rakyat Malaysia adalah sangat menggalakkan.

“Setakat jam 3 petang, 12 September 2022, terdapat lebih daripada 4,500 ikrar dibuat pada MySejahtera,” katanya.

Kementerian berkata, jumlah itu disumbangkan oleh kemudahan untuk proses ikrar dalam inisiatif baharu ini.

Melalui ciri baharu itu, KKM kini menyasarkan 1,000 ikrar setiap hari untuk mencapai sekurang-kurangnya satu peratus atau 320,000 penduduk Malaysia yang telah berikrar menjadi penderma organ.

“Maklumkan jua kepada keluarga anda berkenaan ikrar yang telah dilakukan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button