Berita Utama

SPRM kesan 3 bekas anggota polis bantu siasatan

2 daripada individu berkenaan beralamat terakhir di Selangor

BANGI, 23 Ramadan 1442H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kini sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki pertama, Azhar Adon, 61, mempunyai alamat terakhir di No.6, Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim 8, Taman Desa Baiduri, Cheras, 56000, Kuala Lumpur.

“Sementara itu, individu kedua, Rosli Bali, 59, mempunyai alamat terakhir di No. 43, Jalan Wawasan 1/3, Bandar Baru Ampang, 68000, Ampang, Selangor.

“Individu ketiga pula, Yusof Ali, 65, mempunyai alamat terakhir di No. 9, Lot 924, Kampung Kuala Pajam, 43700, Beranang, Selangor,” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa, Salimatun Farhanim Hishamuddin di talian 03-8891 1666 atau 013-286 0986.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button