Berita Utama

Tuduh Hamas ‘gunakan’ Hospital Al Shifa cubaan Israel ‘tutup’ kegagalan tenteranya

Hanya tawanan cedera akibat serangan dibawa ke hospital: Hamas

GAZA, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyangkal dakwaan Israel yang menuduh pergerakan itu menggunakan Hospital Al-Shifa untuk menahan tawanan ketika operasi mengejut terhadap rejim itu bulan lalu.

Hamas mengeluarkan kenyataan pada Ahad, selepas jurucakap tentera Israel Daniel Hagari menerbitkan dua video, yang menunjukkan beberapa tawanan dibawa ke hospital oleh pejuang Palestin, yang membawa kepada penangkapan ratusan tentera dan penceroboh haram Israel.

“Tiada perkara baharu dalam apa yang dikatakan jurucakap tentera Zionis itu kecuali percubaan untuk menutup pembohongan mereka.

“Ia hanya (untuk menyokong) dakwaan jahat mereka bahawa Hamas telah menggunakan Hospital Al-Shifa sebagai ibu pejabat tentera untuk perintah dan kawalan,” kata Hamas.

Pergerakan itu berkata, pihaknya hanya membawa tawanan ke hospital terutama jika ada yang cedera dalam serangan udara oleh Israel, yang turut mengorbankan sejumlah tawanan sebagaimana diumumkan oleh sayap tentera pergerakan itu, Briged al-Qassam.

Jurucakap briged, Abu Ubaidah, berkata, pada awal November lebih 60 tawanan Israel di Semenanjung Gaza telah mati akibat serangan udara rejim wilayah yang terkepung. 

Beliau berkata, mayat 23 tawanan terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan struktur yang musnah akibat serangan Israel.

Dalam kenyataan lain Hamas berkata, “Kami telah mengeluarkan semua imej dan4 jurucakap tentera (Israel) bertindak seolah-olah dia telah menemui sesuatu yang luar biasa.”

“Kami mengesahkan bahawa pendudukan tidak layak untuk menyiasat dan mengeluarkan penghakiman. 

“Mereka adalah pihak penceroboh dan telah melakukan jenayah perang terhadap hospital,” kata Hamas, merujuk kepada berpuluh-puluh hospital yang tidak lagi beroperasi sejak awal perang itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin, termasuk lebih 5,000 kanak-kanak, setakat ini telah terbunuh, manakala kira-kira 30,000 orang telah cedera.

Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, telah menanggung beban serangan rejim Israel ke atas sasaran penjagaan kesihatan sejak awal perang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button