Berita UtamaDunia

36 peratus rakyat Palestin hidup di bawah paras kemiskinan

Masalah pengangguran di wilayah yang diduduki kekal tinggi

NEW YORK, 18 Safar 1444H, Khamis – Kira-kira 36 peratus penduduk Palestin hidup di bawah paras kemiskinan, menurut laporan terbaharu Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) pada Rabu.

Pada 2021, masalah pengangguran di wilayah Palestin yang diduduki kekal tinggi iaitu pada kadar 26 peratus.

Laporan itu turut mendedahkan ketakjaminan makanan meningkat daripada sembilan peratus kepada 23 peratus di Tebing Barat, manakala 50 peratus kepada 53 peratus di Gaza, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Pendudukan Israel telah memecah-belahkan ekonomi Palestin dan menghalang pengeluar memperoleh akses kepada pasaran serantau dan global.

Dengan peningkatan kos pengangkutan dan pengeluaran, pendudukan Israel telah membantutkan daya saing pengeluar Palestin, menurut laporan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button