Berita UtamaDunia

5,914 pengemis di kesan seluruh Kabul

3,872 adalah wanita dan 1,524 kanak-kanak yatim piatu

KABUL, 18 Safar 1444H, Khamis – Jawatankuasa Pengumpulan Pengemis Afghanistan berjaya menghimpunkan 5,914 pengemis di pelbagai lokasi di seluruh bandar Kabul, semalam.

Jawatankuasa pencarian diketuai Timbalan Perdana Menteri, Mullah Abdul Ghani berkata, daripada jumlah keseluruhan itu 3,872 adalah wanita yang terdesak sehingga memaksa dirinya menjadi pengemis untuk meneruskan kehidupan.

“Selepas membuat saringan 1,069 daripada mereka layak menerima bantuan kerana hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan manakala 2,803 adalah pengemis palsu yang sengaja mencari duit tambahan.

“Selain itu, kita juga mendapati 1,524 kanak-kanak yang menjadi pengemis dan daripada jumlah berkenaan, 763 daripada mereka layak menerima bantuan.

“Daripada keseluruhan jumlah itu, 38 pengemis kanak-kanak adalah anak yatim piatu dan hidup bersendirian, mereka hanya meneruskan kehidupan dengan hasil mengemis,” kata jawatankuasa berkenaan.

Pihaknya memberi jaminan akan menyelesaikan isu pengemis di bandar tersebut dengan menyediakan bantuan dan kemudahan.

Bagaimanapun buat masa ini, pengemis kanak-kanak telah dihantar ke Pusat Latihan Kementerian Buruh dan Sosial supaya kehidupan lebih terjamin.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan pula memulakan agihan wang tunai kepada pengemis dan sehingga kini ratusan penduduk mendapat pelbagai manfaat, lapor Kabul Times. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button