Berita Utama

Imam, bilal Terengganu terima tunggakan elaun sejak 2005

Perbezaan pandangan dan parti punca hak dinafikan

KUALA TERENGGANU, 18 Safar 1444H, Khamis – Penantian 54 imam dan bilal dari Terengganu menunggu pembayaran tunggakan elaun sejak 2005 hingga 2018 berakhir selepas menerima bayaran daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM242,925 bagi melunaskan tunggakan kepada 12 orang membabitkan lima orang imam dan tujuh bilal.

Malah, pada 11 November 2019, kerajaan negeri sudah menyelesaikan tunggakan elaun yang berjumlah RM2.9 juta kepada 42 imam dan bilal berkenaan.

Katanya, jumlah tunggakan elaun imam serta bilal bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka.

Malah, ada dalam kalangan mereka dilaporkan telah meninggal dunia.

Memetik media tempatan, Samsuri menjelaskan, situasi berlaku disebabkan perbezaan pandangan dan parti sehingga menyebabkan hak sebahagian imam dan bilal dinafikan.

“Kita memandang serius kebajikan imam dan bilal termasuk yang elaun yang tertunggak disebabkan alasan tidak munasabah.

“Apabila dilihat ada imam dan bilal ini mempunyai perbezaan pandangan daripada pihak-pihak tertentu dari kerajaan sebelum ini, jadi mereka tidak diberikan elaun sebagaimana sepatutnya mereka terima sebelum ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button