Dunia

Perang COVID-19 belum berakhir: WHO

Negara perlu labur vaksin 100 peratus kumpulan paling berisiko

GENEVA, 18 Safar 1444H, Khamis – Jumlah kematian mingguan yang dilaporkan akibat COVID-19 kini terendah sejak Mac 2020, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Justeru, agensi kesihatan antarabangsa itu menggesa masyarakat dunia untuk merebut peluang menghentikan wabak pandemik berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, sekarang bukan masanya untuk berhenti memerangi wabak coronavirus yang telah meragut lebih 6.4 juta nyawa.

“Kita tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menamatkan wabak ini. Kita belum ke tahap itu, tetapi penghujungnya sudah di depan mata.

“Kita dapat melihat garisan penamatnya. Tetapi sekarang adalah masa paling teruk untuk berhenti berlari,” katanya.

Sudah tiba masanya semua pihak bekerja lebih keras memastikan usaha memerangi penyakit yang menjadi perhatian dunia pada awal tahun 2020 itu berhasil.

“Jika kita tidak mengambil peluang ini sekarang, kita menghadapi risiko lebih banyak varian muncul, lebih banyak kematian dan lebih banyak ketidakpastian,” katanya.

WHO menggesa semua negara untuk melabur dalam pemvaksinan 100 peratus kepada kumpulan paling berisiko, termasuk pekerja kesihatan dan warga emas.

“Teruskan ujian dan penjujukan untuk SARS-CoV-2 dan integrasikan perkhidmatan pengawasan dan ujian dengan perkhidmatan untuk penyakit pernafasan lain, termasuk influenza.

“Pastikan anda mempunyai sistem untuk memberi pesakit penjagaan sesuai,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button