Berita UtamaDunia

Presiden Ukraine kemalangan

Kejadian berlaku selepas lawatan mengejut di bandar Izium

KYIV, 18 Safar 1444H, Khamis – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dilaporkan terbabit kemalangan jalan raya selepas kenderaan dinaiki dirempuh kenderaan lain.

Bagaimanapun presiden berusia 44 tahun itu tidak mengalami kecederaan serius, namun dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku selepas Zelensky membuat lawatan mengejut di bandar Izium di wilayah Kharkiv, yang berjaya ditawan semula daripada tentera Russia.

Jurucakap Serhii Nykyforov dalam kenyataan Facebook berkata, pemandu kenderaan yang merempuh presiden juga telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun Nykyforov tidak mendedahkan lokasi sebenar kejadian kemalangan berlaku. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button