Berita UtamaDunia

Rejim Zionis kejam tembak mati remaja Palestin

Uday Salah maut ditembak di kepala

RAMALLAH, 18 Safar 1444H, Khamis – Seorang remaja Palestin terbunuh ketika pertempuran dengan tentera negara pengganas Israel berhampiran Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Uday Salah, 17, maut selepas ditembak di kepala oleh tentera pendudukan Israel di Kafr Dan, wilayah Jenin.

Jenin telah mengalami keganasan yang kerap dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sebahagian daripada serangan maut yang bermula pada pertengahan Mac.

Israel telah melancarkan hampir setiap malam serbuan ke atas bandar Tebing Barat dan telah membunuh puluhan rakyat Palestin, termasuk pejuang.

Minggu lalu, Ketua Tentera Israel, Aviv Kohavi berkata, kira-kira 1,500 orang yang dikehendaki telah ditangkap dan ratusan serangan dihalang dalam operasi itu.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak 1967 apabila ia menawan wilayah itu dari Jordan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button