Dunia

Taufan Muifa badai timur China kali kedua

Kapal nelayan diarah berlabuh, 3 sekolah ditutup

SHANGHAI, 18 Safar 1444H, Khamis – Taufan Muifa membadai pantai timur China – yang padat penduduk – buat kali kedua sehingga menyebabkan semua penerbangan penumpang di dua lapangan antarabangsa Shanghai dibatalkan.

Ribut itu – membawa angin sehingga 126 kmj – membadai pada 12.30 pagi di daerah Fengxian Shanghai, kata agensi berita Xinhua.

Muifa sebelum ini telah membadai bandar Zhoushan di wilayah Zhejiang pada Rabu.

Pentadbiran Meteorologi Pusat China mengeluarkan amaran taufan di peringkat tinggi buat kali pertama tahun ini, kerana Muifa akan meningkat dalam intensiti apabila menghampiri pantai.

Agensi cuaca itu berkata, angin kencang dan hujan lebat diramalkan berlaku di sepanjang pantai timur China sehingga pagi Khamis.

“Kawasan berkaitan harus memberi perhatian kepada pencegahan banjir kilat dan bencana geologi yang mungkin disebabkan hujan lebat,” katanya.

Ribut itu muncul selepas Taufan Hinnamnoor membadai Shanghai dan wilayah jirannya minggu lalu, menyebabkan perkhidmatan feri dan penutupan sekolah di beberapa bahagian di Zhejiang.

Pihak berkuasa Zhejiang mengarahkan semua kapal nelayan kembali ke pelabuhan menjelang Rabu, menutup sekolah di tiga bandar, menggantung laluan feri penumpang dan menutup kawasan tarikan pelancong bagi menghadapi Muifa.

Muifa adalah taufan ke-12 yang melanda China setakat tahun ini. 

Kesannya dijangka berkurangan secara beransur-ansur apabila bergerak lebih jauh ke utara pedalaman hari ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button