Berita Utama

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia 2022

Mendoakan Malaysia dilindungi daripada ancaman dan musibah

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1444H, Jumaat – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2022.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Selamat menyambut Hari Malaysia 2022 16 September 2022.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan,” menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Tahun ini, sambutan peringkat kebangsaaan akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka, malam ini.

Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button