Berita Utama

Mesyuarat MKT UMNO esok ditangguh 30 September depan

Ismail Sabri terbabit dengan Majlis Perasmian Sukma

BANGI, 20 Safar 1444H, Jumaat – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu malam ditangguhkan ke 30 September depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, penangguhan itu berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti terbabit dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan pada hari Sabtu, 17 September 2022 jam 8 malam adalah ditangguhkan.

“Tarikh baharu mesyuarat ialah pada Jumaat 30 September 2022 jam 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Ini termasuk mesyuarat MKT Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama turut ditangguhkan.

Ismail Sabri berkata, perjumpaan dengan lima pemimpin utama UMNO itu akan diatur semula sebelum berlangsungnya mesyuarat MKT akan datang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button