Berita Utama

Usaha rencat perundangan syariah kritikal, PEMBELA koordinasi gerakan

Perjuangan martabat perundangan syariah tanggungjawab bersama

BANGI, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berhasrat untuk mengkoordinasi gerakan di setiap negeri bagi membawa isu perundangan syariah termasuk isu akidah anak mualaf di Perlis.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, isu keabsahan perundangan syariah sangat kritikal dan gerakan untuk merencatkannya sama seperti kanser.

“Pada awalnya mungkin kita abaikan sahaja seolah-olah masalah kecil.

“Tetapi apabila sudah ‘stage’ terakhir, maka ketika itu sudah terlambat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Aminuddin berkata demikian selepas perbincangan bersama rakan seperjuangan berhubung perkara itu.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa perjuangan mempertahan dan memartabatkan sistem perundangan syariah merupakan tanggungjawab bersama.

“Semua ada peranannya termasuk NGO-NGO dan gerakan sivil seperti kami.

“Insya-Allah, kami akan umumkan langkah kami yang seterusnya pada masa yang terdekat nanti. Nantikanlah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button