Berita Utama

Agihan kerusi Bersatu di kalangan PH hampir selesai

PKR, Amanah dan DAP bakal dapat pertambahan kerusi pada PRU15

SEREMBAN, 21 Safar 1444H, Sabtu – Perundingan dalam Pakatan Harapan (PH) mengenai pembahagian kerusi disandang Bersatu sebelum ini sedang berjalan dan sudah mencapai tahap 70 peratus.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, pembahagian kerusi mungkin tidak akan dibuat secara sama rata dalam kalangan parti ahli gabungan itu.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PH, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ada parti yang akan dapat lebih banyak kerusi selepas mengambil kira pelbagai faktor antaranya kekuatan parti.

“Kita sudah buat tiga pusingan mesyuarat dan saya boleh sebut ia berjalan dengan baik yang mana hampir 70 peratus daripada kerusi itu telah selesai diagihkan dan menjelang 30 September ini akan selesai semuanya.

“Ia bukan diberi sama rata. Ada yang akan dapat lebih. Contohnya di Johor, di mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang tujuh kerusi, enam DAP dan satu Amanah. 

“Dari situ kita akan buat pertimbangan,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PH dijangka menyelesaikan pembahagian kerusi bagi PRU15 menjelang akhir bulan ini.

Bagaimanapun, kedudukan calon tidak dapat ditentukan dalam tempoh terdekat kerana ia di bawah pengurusan parti masing-masing dalam gabungan itu.

Beliau berkata, setiap parti dalam gabungan itu iaitu PKR, Amanah dan DAP bakal mendapat pertambahan kerusi pada PRU15 yang mana 52 kerusi di Semenanjung yang dulunya ditandingi Bersatu pada PRU14, akan dibahagikan kepada semua parti dalam PH.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button