Berita UtamaDunia

Russia hanya akan guna senjata nuklear jika terancam

Barat bimbang operasi ketenteraan berubah kepada perang nuklear skala penuh

MOSCOW, 20 Syaaban 1443H, Rabu – Kremlin berkata, Russia hanya akan menggunakan senjata nuklear jika kewujudannya terancam.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov membuat kenyataan itu semasa temubual dengan CNN International, apabila ditanya sama ada beliau yakin dan pasti bahawa Presiden Vladimir Putin tidak akan menggunakan senjata nuklear dalam konteks konflik Ukraine.

Kini kebimbangan terus berkembang di Barat jika operasi ketenteraan Moscow di Ukraine boleh meningkat kepada perang nuklear skala penuh.

“Kami mempunyai konsep keselamatan dalam negeri dan ia adalah umum, anda boleh membaca semua sebab senjata nuklear digunakan.

“Jadi jika ancaman wujud kepada negara kita, maka ia (senjata nuklear) boleh digunakan mengikut konsep kita,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak ada sebab lain yang membolehkan Russia menggunakan pilihan nuklear, mengikut dasar keselamatan negara itu.

Peskov selanjutnya menyatakan bahawa perang Russia di Ukraine ‘berjalan dengan ketat mengikut rancangan dan tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya.’

Komen itu dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendakwa adalah ‘jelas’ Russia sedang mempertimbangkan penggunaan senjata kimia dan biologi di Ukraine, memberi amaran tentang tindak balas Barat yang
‘teruk’ jika ia memilih untuk berbuat demikian.

Putin mengumumkan ‘operasi ketenteraan khas’ di Ukraine pada 24 Februari. Konflik itu telah mencetuskan respons sebulat suara dari negara Barat, yang telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas Moscow. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button