Berita Utama

Amanah tangguh pemilihan parti ke tahun hadapan

Ia bagi memberi ruang kepada persediaan menghadapi PRU15

SEREMBAN, 21 Safar 1444H, Sabtu – Parti Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Dr Mohd Hatta berkata penangguhan tersebut membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya April depan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.

β€œIa bagi memberi laluan parti membuat persediaan menumpukan usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU),” katanya kepada Bernama di luar Konvensyen Nasional Amanah 2022 di sini yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok.

Pemilihan Amanah pertama kali telah diadakan pada Konvensyen Nasional Amanah Nasional 2019 pada 6 hingga 8 Dis 2019 di Shah Alam, Selangor bagi memilih Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button