Berita UtamaDunia

Bahrain catat kes pertama cacar monyet

Babit ekspatriat melakukan perjalanan ke luar negara

DUBAI, 21 Safar 1444H, Sabtu – Bahrain merekodkan kes pertama virus cacar monyet, membabitkan seorang ekspatriat berusia 29 tahun yang tiba selepas melakukan perjalanan ke luar negara.

Menurut agensi berita BNA, laporan menunjukkan pesakit itu ditempatkan secara berasingan selepas menunjukkan gejala dan kini sedang menerima rawatan perubatan mengikut protokol yang diterima pakai,

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa pegawai sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk mengehadkan penularan virus melalui pengesanan kontak dan ‘mekanisme pengawasan penyakit.’

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi penyebaran virus itu, ‘Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelan kontigensi dan mengadakan sesi kesedaran untuk pekerja kesihatan mengenai virus itu’, lapor BNA.

Selain itu, mekanisme laporan telah disediakan di Direktorat Kesihatan Awam, yang menyediakan keperluan ujian, pelan pengesanan kenalan dan vaksinasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button