Berita Utama

Kes dera: Polis reman ibu saudara dan suami

Disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium

KUALA LUMPUR, 21 Safar 1444H, Sabtu – Sepasang suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan (23 Sept) bagi membantu siasatan.

“Reman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis menahan kedua-dua suspek kira-kira 6 petang kerana disyaki mendera adik-beradik berkenaan.

Suspek wanita merupakan adik kepada ibu mangsa telah menjaga dua beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium tingkat empat.

Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button