Berita UtamaDunia

Lima askar Syria terbunuh serangan udara Israel di Damsyik

Zionis sasar tapak di mana kumpulan yang disokong Iran

DAMSYIK, 21 Safar 1444H, Sabtu – Serangan udara negara haram Israel berhampiran lapangan terbang Damsyik membunuh lima askar Syria hari ini.

Agensi berita rasmi Syria, Sana memetik sumber tentera sebagai berkata, serangan yang dilakukan pada kira-kira 00:45 pagi (2145 GMT Jumaat) dari arah timur laut Tasik Tiberias, menyasarkan lapangan terbang Damsyik dan beberapa titik di selatan Damsyik.

Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights mengesahkan bahawa serangan itu membunuh lima askar Syria dan berkata, dua pejuang yang disokong Iran turut terbunuh.

Katanya, Israel menyasarkan tapak di mana kumpulan yang disokong Iran ditempatkan berhampiran lapangan terbang dan di kawasan luar bandar Damsyik.

Serangan Israel di kawasan luar bandar sekitar ibu negara Damsyik dan selatan wilayah pantai Tartus membunuh tiga askar bulan lalu.

Pada bulan Jun, serangan udara Israel menyebabkan lapangan terbang Damsyik tidak beroperasi selama hampir dua minggu.

Pada bulan lalu, serangan udara Israel sebanyak dua kali menyasarkan lapangan terbang Aleppo.

Pemantau hak asasi berkata, pada masa itu serangan telah menyasarkan depot senjata milik militia yang disokong Iran.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan terhadap jirannya di utara, menyasarkan tentera kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah.

Walaupun jarang mengulas mengenai serangan individu, Israel mengakui telah melakukan ratusan serangan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button