Berita Utama

Hampir RM32 juta diperuntuk bantu urus mangsa banjir

6,010 PPS disiapkan di seluruh negara termasuk 442 Kelantan

PASIR MAS, 22 Safar 1444H, Ahad – Kerajaan persekutuan dan negeri telah memperuntukkan hampir RM32 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  untuk pengurusan bencana banjir  di seluruh negara apabila berdepan kemungkinan Monsun Timur Laut tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga telah menyalurkan peruntukan RM140,000 untuk JKM melaksanakan program kesiapsiagaan di seluruh negara.

 “Di seluruh negara kita mempersiapkan sebanyak 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) termasuk 442 PPS di Kelantan,” katanya selepas merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, di sini, hari ini.

Katanya, JKM juga telah memaksimumkan kapasiti barang keperluan bencana di lapan buah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), 193 buah Setor Bencana Negeri, Daerah dan Mini Depoh Kontena serta 518 buah Pangkalan Hadapan.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button