Dunia

Israel seleweng silibus buku teks sekolah Palestin

Cuba nafikan hak pelajar di Baitulmaqdis belajar kurikulum

RAMALLAH, 22 Safar 1444H, Ahad – Sekolah-sekolah Palestin di Baitulmaqdis Timur akan melancarkan mogok esok bagi membantah tindakan ‘jahat’ rejim Israel memutar belit kandungan buku teks dalam kurikulum mereka.

Pasukan Kebangsaan dan Islam Palestin (PNIF) di Baitulmaqdis – sebuah gabungan puak politik Palestin – dalam kenyataan menggesa mogok umum di sekolah Palestin di wilayah diduduki.

Tindakan protes itu sebagai menuntut hak kanak-kanak belajar kurikulum Palestin dan bukan daripada Israel yang diselewengkan.

PNIF menggesa institusi antarabangsa untuk bersama bertanggungjawab dan memberi tekanan kepada pendudukan Israel serta badan eksekutifnya tidak campur tangan dalam hal ehwal sekolah Palestin.

Semalam, ibu bapa dan pelajar Palestin mengadakan bantahan di beberapa kawasan kejiranan kerana berang percubaan pihak berkuasa Israel untuk menghalang sekolah daripada mengajar buku teks rasmi Palestin.

Sebaliknya rejim haram memaksa menggunakan buku teks yang diputar belitkan keluaran rejim terbabit.

Penunjuk perasaan dengan tegas melaungkan slogan menolak kurikulum yang diputar belit Israel, ‘tidak kepada pendidikan yang mengisraelkan’ dan ‘kami menolak kurikulum Kementerian Pendidikan Israel’.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Ibu Bapa berkata, pihak berkuasa Israel mencetak buku teks baharu yang sama dengan silibus Kementerian Pendidikan Palestin, namun terdapat perubahan dan penyelewengan fakta seperti bendera, simbol negara serta sejarah.

Tindakan Israel itu dianggap menafikan hak pelajar Palestin di Baitulmaqdis Timur untuk belajar mengenai sejarah, budaya dan negara mereka.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button