Berita Utama

Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan

Bukan saja tonjol sejarah, juga elemen syair dan nazam Melayu

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1444H, Ahad – Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) akan menjadikan kisah Setanggi Ratna Inderapura sebagai filem yang berupaya menembusi pasaran pawagam antarabangsa.

Timbalan Menteri K-KOMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kisah sejarah Sultanah Alam Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Ungu, srikandi Melayu yang terkenal dengan berpencak senjata dan mengetuai angkatan perang dapat dijadikan pengajaran khusus buat generasi muda pada masa ini.

“Ramai yang perlu tahu mengenai kisah Raja Ungu ini kerana ia sangat bermakna dan cerita ini bukan sahaja menonjolkan tentang sejarah Melayu tetapi elemen seperti syair dan nazam Melayu, harus ditonjolkan kepada generasi muda,” katanya selepas menonton Teater Syair Setanggi Ratna Inderapura di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Menurut Zahidi, beliau akan ke Thailand dalam masa terdekat untuk mengadakan kolaborasi strategik antara produksi filem tempatan bersama produksi filem Thailand bagi tujuan berkenaan.

“Minggu depan saya nak ke Thailand kerana kita mahu menggalakkan filem Setanggi Ratna Inderapura ini menembusi pasaran antarabangsa…saya juga akan berusaha mencari produksi-produksi  filem di sana untuk bekerjasama dalam mengeluarkan filem ini,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button