Berita UtamaDunia

Krisis ekonomi: Tunisia naikkan harga bahan api kali ke-4 tahun ini

Kenaikan pertama harga gas memasak dalam tempoh 12 tahun

TUNIS, 22 Safar 1444H, Ahad – Tunisia menaikkan harga silinder gas memasak sebanyak 14 peratus dan bahan api sebanyak 3 peratus sebagai sebahagian daripada rancangan mengurangkan subsidi tenaga.

Kementerian Tenaga memaklumkan, harga gas memasak meningkat 7.750 dinar kepada 8.800 dinar, kenaikan pertama dalam tempoh 12 tahun.

Manakala harga petrol akan dinaikkan pada hari Selasa kepada 2.400 dinar seliter daripada 2.330 dinar, peningkatan 3 peratus. 

Kenaikan harga bahan api itu adalah yang keempat tahun ini. Tunisia menjangka defisit belanjawannya akan berkembang kepada 9.7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2022, meningkat daripada 6.7 peratus yang dijangkakan sebelum ini, disebabkan dolar lebih kukuh dan kenaikan mendadak harga bijirin dan tenaga.

Negara Afrika Utara itu, yang mengalami krisis kewangan yang paling teruk, cuba bersetuju dengan program pembiayaan baharu Tabung Kewangan Antarabangsa.

Sementara itu, defisit imbangan tenaga dilaporkan meningkat dua kali ganda kepada 6 bilion dinar dalam lapan bulan pertama 2022 berbanding 2.9 bilion dinar tahun lepas, didorong oleh kesan perang di Ukraine.

Awal bulan ini, penganalisis Timur Tengah dan Afrika Utara di Verisk Maplecroft, Hamish Kinnear memberitahu Middle East Eye bahawa Tunisia adalah salah satu negara utama di rantau ini yang bergantung kepada import makanan serta bahan api dan ‘terdedah kepada harga antarabangsa yang tinggi’.

Pada masa itu, beliau memberi amaran bahawa Tunisia, yang dilihat secara meluas sebagai pusat Arab Spring, kekal ‘terdedah kepada risiko pergolakan awam’.

“Kekacauan politik (di Tunisia) menghalang usaha untuk mendapatkan bantuan ekonomi daripada institusi kewangan antarabangsa seperti IMF, walaupun sebarang perjanjian berkemungkinan termasuk langkah penjimatan mencetuskan pergolakan sivil lebih lanjut,” kata Kinnear

Selepas undian referendum perlembagaan baharu Tunisia pada Julai, dibelenggu oleh peratusan keluar mengundi yang rendah dan pemboikotan daripada kumpulan pembangkang, Presiden Kais Saied mengukuhkan pemerintahannya dengan melancarkan percubaan demokrasi negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button