Dunia

81 maut, pertempuran Tajikistan-Kyrgyztan

Russia gesa dua negara selesai konflik secara diplomatik

BATKEN, 23 Safar 1444H, Isnin – Tajikistan mengesahkan 35 rakyatnya terbunuh dalam pertempuran terbaharu di sempadan dengan Kyrgyztan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada sekurang-kurangnya 81.

Di laman Facebooknya, Kementerian Luar Tajikistan melaporkan 35 orang terbunuh termasuk orang awam, wanita dan kanak-kanak.

Seramai 139 orang yang lain dilaporkan cedera dalam pertempuran di sempadan barat daya itu, katanya.

Jumlah korban yang diberikan kementerian sebelum ini adalah 24 orang.

Sementara itu, jumlah kematian di sebelah Kyrgyztan meningkat kepada 46, menjadikannya yang paling teruk berlaku antara kedua-dua negara Asia Tengah itu dalam beberapa tahun.

Kyrgyztan berkata, hampir 136,000 penduduk turut dipindahkan dari kampung berhampiran Tajikistan.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Ahad menggesa supaya pertempuran antara Kyrgyztan dan Tajikistan dihentikan.

Dalam panggilan telefon dengan para pemimpin negara-negara Asia Tengah, Putin juga menggesa mereka untuk mengambil langkah menyelesaikan keadaan secepat mungkin dengan cara yang aman, politik dan diplomatik.

Kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu kini menjadi sebahagian daripada Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diketuai Russia, namun mereka kerap mengalami ketegangan.

Pada Jumaat lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk gencatan senjata namun sejak itu pertempuran berterusan dengan menuduh satu sama lain melanggar perjanjian.

Selepas banyak pertempuran pada Sabtu, pihak berkuasa Kyrgyz mengesahkan keadaan di sempadan kembali tenang sepanjang Ahad dan menuju ke arah penstabilan.

Pertikaian sempadan telah melanda bekas republik Soviet melalui tiga dekad kemerdekaan mereka. Kira-kira separuh sempadan 970 kilometer mereka masih perlu ditandakan.

Pertempuran yang tidak pernah berlaku sebelum ini antara kedua-dua negara tercetus pada 2021, di mana sekurang-kurangnya 50 terbunuh dan menimbulkan kebimbangan konflik lebih meluas.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button