Berita UtamaDunia

Biden kata pandemik COVID-19 sudah berakhir

AS terus berdepan peningkatan kes kematian setiap hari

WASHINGTON, 23 Safar 1444H, Isnin – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendakwa, pandemik telah berakhir walaupun negara itu terus berdepan dengan peningkatan kematian akibat wabak COVID-19.

Biden mengakui AS masih mempunyai ‘masalah’ dengan virus yang telah membunuh lebih daripada satu juta rakyat Amerika itu.

“Kami masih mempunyai masalah dengan COVID. Kami masih melakukan banyak kerja untuk menanganinya. Tetapi wabak itu telah berakhir. 

“Jika anda perasan, tiada siapa yang memakai pelitup muka. Semua orang nampaknya berada dalam keadaan yang cukup baik. Jadi saya fikir keadaan sudah berubah,” katanya.

Biden membuat kenyataan itu semasa temu bual di luar pameran kereta Detroit, acara yang menarik ribuan pengunjung.

Hampir 400 rakyat Amerika terus meninggal dunia setiap hari akibat COVID-19 di Amerika Syarikat walaupun ubat-ubatan dan vaksinasi tersedia secara meluas, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

Sebelum ini, Biden menghabiskan lebih dua minggu bagi menjalani kuarantin di White House selepas dua kali diserang COVID-19, bermula pada bulan Julai.

Isterinya Jill juga dijangkiti virus itu pada Ogos. Biden berkata, kes ringan itu adalah bukti peningkatan dalam penjagaan semasa menjadi presiden.

Biden telah meminta Kongres untuk membiayai AS$22.4 bilion lagi bagi mempersiapkan kemungkinan lonjakan kes pada musim luruh.

Kerajaan AS masih menetapkan COVID-19 sebagai Kecemasan Kesihatan Awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan ia kekal sebagai Kecemasan Kesihatan Awam untuk Kebimbangan Antarabangsa.

Terdapat kira-kira 65,000 kes COVID baharu dilaporkan setiap hari di AS sepanjang dua minggu lalu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

Di seluruh Amerika Syarikat, kira-kira 400 orang mati setiap hari akibat COVID-19.

Ramalan CDC mengatakan bahawa kemasukan ke hospital dan kematian baharu akan kekal untuk bulan depan, walaupun jumlah kes rasmi jauh daripada mewakili tahap sebenar penularan.

Lebih 95 juta rakyat Amerika telah dijangkiti virus itu dan lebih satu juta orang di negara itu meninggal dunia akibat coronavirus sejak krisis COVID-19 bermula pada 2020. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button