Berita Utama

Empat pemandu mabuk ditahan

59 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas

PETALING JAYA, 23 Safar 1444H, Isnin – Seramai empat pemandu mabuk ditahan polis dalam Op Alkohol di beberapa lokasi di sekitar daerah ini bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

Polis Petaling Jaya dalam satu kenyataan berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya itu telah memeriksa sebanyak 223 buah kenderaan serta 256 individu.

Katanya, seramai empat pemandu kenderaan yang memandu dalam pengaruh alkohol ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 59 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikenakan ke atas pemandu dan penunggang kenderaan yang melakukan kesalahan,” katanya.

Katanya lagi, operasi ini akan dilaksana secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button