Berita UtamaIstimewa

Isu warga China ‘hilang’: Tak mustahil bakal jadi pengundi PRU15

Adakah ini siri kelalaian atau malapetaka yang tak lagi boleh dikawal?

BANGI, 23 Safar 1444H, Isnin – Isu ‘kehilangan’ kira-kira 1.2 juta pelancong warga China yang didakwa tidak keluar dari Malaysia dalam tempoh tiga tahun masih menjadi tanda tanya.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan angka itu tidak betul, namun berapa pun jumlah ‘kehilangan’ warga China ini tetap menjadi persoalan.

Ini lebih membimbangkan apabila saban hari tertera di media mengenai tangkapan ramai warga China dengan pelbagai kes jenayah.

Antaranya terbabit dalam sindiket judi atas talian, penipuan pelaburan, Macau Scam, mata wang kripto, pelacuran dan kongsi gelap.

Bahkan pernah dilaporkan bahawa ada dalam kalangan mereka yang memiliki MyKad dan pasport yang dibeli dengan harga yang sangat tinggi, kata mantan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Atas dasar itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada di kalangan mereka yang bakal menjadi pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Adakah ia sebuah siri kelalaian yang berpanjangan, atau pun sebuah malapetaka yang tidak boleh lagi dikawal?

“Apapun puncanya, ini adalah isu keselamatan nasional yang besar yang mesti dikendalikan segera secara serius sebelum hilangnya kedaulatan sebuah negara yang merdeka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dilaporkan, lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/09/01/isu-1-2-juta-pelancong-china-hilang-bom-jangka-pada-negara/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button