Berita Utama

Jangan cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah

Aset ATM laksana demontrasi keupayaan sempena hari tentera

BANGI, 23 Safar 1444H, Isnin – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang rendah sepanjang minggu ini.

Ini kerana, aset-aset dari ATM akan melaksanakan latihan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal bermula 21 hingga 26 September ini, membabitkan sekitar Pangkalan Udara Kuantan serta ruang udara Pahang.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan, TUDM telah dipertanggungjawabkan sebagai penganjur acara perbarisan bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-89 pada 26 September ini di Pangkalan Udara Kuantan.

“Sempena sambutan ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan latihan demontrasi keupayaan yang akan melibatkan aset-aset udara dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan ATM terbang rendah atau mendengar bunyi letupan semasa latihan dan hari sebenar demontrasi keupayaan ini dilaksanakan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button