Dunia

Lebih 100 terbunuh letupan di kilang penapisan minyak haram di Nigeria

Rata-rata mangsa rentung dan tidak dapat dikenali

ABUJA, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Lebih 100 orang terbunuh berikutan letupan di loji penapisan minyak haram di Imo, selatan Nigeria, lapor Agensi Berita Xinhua memetik sumber rasmi dan tempatan pada Sabtu.

Letupan berlaku lewat Jumaat di loji penapisan minyak haram di kawasan Egbema dekat sempadan antara Imo dan Rivers.

“Berlaku kebakaran di tapak loji haram yang mengakibatkan lebih 100 rentung dan mangsa tidak dapat dikenal pasti,” kata pesuruhjaya sumber petroleum di Imo, Goodluck Opiah.

Beliau berkata kerajaan sedang memburu pengendali penapisan minyak haram itu yang dipercayai telah melarikan diri.

Tapak penapisan minyak haram itu beroperasi dengan mencuri minyak mentah daripada saluran paip milik syarikat minyak.

Vandalisme saluran paip minyak dan kecurian minyak sering dilaporkan di Nigeria, menyebabkan ekonomi negara ini mengalami kerugian besar. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button