Dunia

AS lapor hampir 24,000 kes cacar monyet

California mencatat paling banyak kes yang disahkan setakat ini

LOS ANGELES, 24 Safar 1444H, Selasa – Hampir 24,000 kes cacar monyet disahkan di Amerika Syarikat (AS) setakat Isnin, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Menurut data CDC, California mencatat paling banyak kes yang disahkan setakat ini, dengan 4,656 kes, diikuti New York sebanyak 3,755, dan Florida dengan 2,398, lapor Xinhua.

Jangkitan cacar monyet jarang membawa maut, dengan kebanyakan kes sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit itu mempunyai kadar kematian sekitar tiga hingga enam peratus.

Individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah bagaimanapun berkemungkinan akan lebih teruk apabila dijangkiti penyakit itu, menurut CDC.

Pegawai kesihatan AS juga memberi amaran kepada doktor supaya tidak menggunakan terlalu banyak satu-satunya ubat yang ada untuk merawat cacar monyet.

Menurut CDC, virus sentiasa berevolusi untuk menjangkiti manusia dan ubat serta vaksin baharu tidak lagi sesuai untuk merawatnya.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS memberi amaran bahawa ubat antivirus, Tecovirimat, mudah terjejas kepada rintangan. Mutasi yang kecil sahaja dalam virus, boleh menyebabkan ubat itu tidak lagi berkesan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button