Artikel Khas

Benarkah Malaysia telah capai taraf negara berpendapatan tinggi

Kita mahu pemimpin yang mampu bahagikan kekayaan negara secara adil dan saksama

1. SAYA terbaca satu laporan yang menyatakan GDP per capita negara telah mencecah USD13,000++, melayakkan Malaysia bergelar ‘high income nation’ lebih awal daripada sasaran awal pada tahun 2025.

2. GDP per capita dikira dengan membahagikan GDP atau keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara yang berjumlah USD370 juta dengan jumlah penduduk negara 32 juta orang.

3. Harus diingat, GDP per capita bukan penilaian kadar pendapatan rakyat Malaysia. Ia sekadar kayu ukur pendapatan negara, bukan rakyat.

4. Kadar pendapatan rakyat diukur dengan ‘mean income’ yang dicatatkan RM7,901 pada tahun 2019. Manakala ‘median income’ pula RM5,873 pada tahun 2019.

5. Disebabkan ‘distribution’ atau taburan pendapatan rakyat Malaysia tidak sekata, kita perlu mengambil ‘median income’ sebagai data yang lebih tepat.

6. Mungkin ramai yang hairan, tingginya ‘median income’ rakyat Malaysia? Sebab hakikatnya majoriti dari kita masih bergelut dengan gaji minimum ataupun masih belum mencecah ‘median income’ walaupun telah lama bekerja. Apatah lagi pendapatan purata RM7,901.

7. Inilah hakikat pedih yang kita harus fahami, sistem ekonomi kapitalis menyebabkan kekayaan negara tidak semestinya membantu mengayakan rakyat dan meringankan beban hidup rakyat.

8. Sebagai contoh USA sebagai negara dunia termaju mencatatkan kadar kemiskinan rakyat 11%. Begitu juga dengan China, 15%. Kedua-dua negara termaju dunia ini mempunyai kadar kemiskinan lebih tinggi dari Malaysia.

9. Isu ekonomi dunia yang turut menjangkiti negara kita bukannya berkaitan pembinaan kekayaan (wealth creation) tapi pembahagiannya (wealth distribution). Statistik menunjukkan semakin kaya sesebuah negara, semakin besar jurang kekayaan antara rakyat terkaya dan termiskin (pengecualian untuk negara Jepun dan Korea).

10. Kita perlu keluar dari kerangka ini. Kita memerlukan pemimpin yang faham, mahir, mampu dan MAHU membahagikan kekayaan negara secara adil dan saksama untuk manfaat semua!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim Mohamad
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button